Pendahuluan
Apa pun nama atau label yang kita letakkan kepada tadika -tadika yang dikenalpasti sebagai tadika yang cemerlang seperti tadika wawasan, tadika bestari, tadika cemerlang, atau
tadika harapan negara tidak akan wujud secara kebetulan atau secara bernasib baik sahaja atau diberi layanan
istimewa daripada pihak-pihak
tertentu tanpa wujudnya orang-orang yang bekerja keras meletakkan kepentingan organisasi dan misi ke satu tahap yang sukar
ditandingi oleh tadika-tadika lain.
Siapakah yang memainkan peranan sehingga organisasi mencapai
tahap yang gemilang dan cemerlang itu kalau bukan para pentadbir dan guru-gurunya? Organisasi yang tersohor tentulah dianggotai
oleh orang-orang yang juga tersohor. Kejayaan orang-orang inilah yang membawa organisasi mereka mencapai matlamat dan objektif
dengan berkesan. Kecemerlangan pengurusan sering diukur menerusi kecekapan dan keberkesanan para pengurusnya dalam mencapai objektif organisasinya.
Visi
“Menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk kesekolah rendah”
Misi
Untuk melengkapkan Sistem Pentadbiran, Pengurusan dan Pendidikan
yang berkualiti serta dapat membantu kanak-kanak supaya bersedia bagi menghadapi pelbagai cabaran pada masa akan datang.
Objektif
1. Memberi jaminan terhadap tahap pencapaian pembelajaran dari 90% - 95%.
2. Memberi mutu perkhidmatan yang baik serta dapat memberi kepuasan kepada ibu bapa dengan
minima 95%.
3. Mempunyai masa depan yang cerah untuk guru-guru dalam kerjaya.
4. Mengurangkan kadar penukaran guru seminima 5%.
5. Menambah kemasukan kanak-kanak sekurang-kurangnya 20% setiap tahun.
6. Menyediakan kemudahan yang baik dan lengkap serta kemaskinikan sistem pengurusan.